Semua peniaga, pemborong wajib jalani ujian swab

Ismail Sabri - Foto Bernama
Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan semua peniaga dan pemborong di pasar yang mempunyai jangkitan kes koronavirus (Covid-19) wajib menjalani saringan kesihatan wabak itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ujian swab bukan hanya dilakukan di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang tetapi turut dilakukan di pasar-pasar lain.

"Hanya peniaga atau pemborong yang ada surat pengesahan negatif Covid-19 dari hospital atau klinik sahaja akan dibenarkan untuk berniaga.

"KKM juga sedang mengesan mereka yang mempunyai kontak dengan peniaga atau pemborong yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pihaknya mendapati ada peniaga di pasar lain mempunyai kontak dengan peniaga atau pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Sebab itu kita akan pastikan peniaga di pasar itu perlu jalani ujian saringan kesihatan Covid-19. Mana-mana pihak yang ada kaitan semua akan jalani saringan kesihatan tersebut,” katanya.

Katanya, pihak yang berkaitan termasuklah pemandu lori yang mengambil barangan di pasar terbabit dan kesemua mereka perlu mempunyai surat pengesahan bebas Covid-19 untuk terus dibenarkan menjalankan aktiviti.

Artikel Berkaitan: