2 askar, 12 militia maut di Congo

Beratus kelongsong peluru bertaburan selepas pertempuran antara tentera Congo dengan kumpulan militia Congo. - Foto Sumber Internet
Beratus kelongsong peluru bertaburan selepas pertempuran antara tentera Congo dengan kumpulan militia Congo. - Foto Sumber Internet
A
A
A

KIGALI - Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam pertembungan antara angkatan tentera Congo dengan kumpulan militia di wilayah Ituri yang kaya dengan emas.

Kejadian berlaku pada hujung minggu, mangsa yang maut termasuk 12 anggota kumpulan militia, dua tentera dan dua orang awam, kata jurucakap tentera di Ituri, Leftenan Jules Ngongo pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.

"Pertembungan berlaku di desa Kabakaba, Esasi dan Lisey di wilayah Djugu," katanya.

Pertempuran masih berlangsung dengan pihak tentera menguasai semula wilayah di Djugu dan Mahagi yang sebelum ini dikawal oleh militia. - Bernama

Artikel Berkaitan: