PKP: 1,300 keluarga di Parlimen Tanjong Karang dapat bantuan

Noh memuat naik kenyataan di Facebook beliau malam tadi.
Noh memuat naik kenyataan di Facebook beliau malam tadi.
A
A
A

TANJONG KARANG - Seramai 1, 300 keluarga kaum India yang terjejas berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Parlimen Tanjong Karang menerima bantuan koronavirus (Covid-19).

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan itu diagih menerusi ketua MIC di kawasan masing-masing.

Menurutnya, bantuan itu merupakan bantuan fasa kedua selepas penyampaian sumbangan fasa pertama sebelum ini.

"Bantuan fasa satu telah berjaya disampaikan kepada 180 keluarga golongan B40 (Kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah) kaum India," katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau malam tadi.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor berkata, proses pengagihan bantuan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya selalu pesan kepada penduduk Tanjong Karang (supaya) duduk rumah (kerana) kami akan datang membantu.

"Kita perlu menang dalam peperangan ini. Tanjong Karang duduk rumah (dan) kami datang (membantu)," katanya.

Artikel Berkaitan: