Tanda sokongan kepada frontliners

Sukarelawan Hess menyampaikan sumbangan kepada Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh di Kelantan.
Sukarelawan Hess menyampaikan sumbangan kepada Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh di Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Hess Malaysia menyumbang lebih 60,000 unit peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai kira-kira RM100,000 kepada petugas barisan hadapan di Kelantan dan Terengganu.

Naib Presiden Hess Asia, Zhiyong Zhao berkata, pihaknya menghulurkan sumbangan berupa topeng muka pembedahan, pensanitasi tangan dan sarung tangan perubatan.

Menurutnya, barangan tersebut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Klinik Kesihatan Daerah Tumpat, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Hospital Kemaman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

“Penularan wabak koronavirus (Covid-19) telah menyebabkan pekerja kesihatan dan anggota penguat kuasa terpaksa berhadapan dengan peperangan untuk mengawal pandemik ini.

“Kami berbangga dapat sama-sama memainkan peranan dalam membantu mereka serta memastikan keselamatan masyarakat setempat.

Sumbangan turut diagihkan kepada Balai Polis Cukai Kemaman, Terengganu.
Sumbangan turut diagihkan kepada Balai Polis Cukai Kemaman, Terengganu.

“Paling penting bagi kami dalam masa mencabar ini adalah memastikan kesihatan dan keselamatan orang ramai di mana kami menjalankan perniagaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata, sumbangan tersebut merupakan antara sokongan bantuan bencana di pantai timur yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu termasuk kempen bantuan banjir serta membantu usaha-usaha pemulihan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana.

Artikel Berkaitan:

Hess merupakan syarikat pengendali projek Pembangunan Gas Bersepadu Lembangan Melayu Utara (North Malay Basin) di Kelantan yang terletak kira-kira 150 kilometer di luar persisir pantai Semenanjung Malaysia.

Syarikat tersebut juga mempunyai operasi di Pangkalan Bekalan Kemaman di Terengganu.