Isteri saya juga betulkan bacaan al-Quran saya: Da'i Wan

Paparan Twitter Da'i Wan tarik perhatian netizen.
Paparan Twitter Da'i Wan tarik perhatian netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Da'i Wan Dazrin Wan Din menyifatkan golongan lelaki wajar membuang sifat ego kerana perbuatan itu mampu melahirkan izzah atau kemuliaan dalam perhubungan.

Beliau berkongsi luahan itu di Twitter miliknya selepas ulang kongsi ciapan seorang gadis menunjukkan foto ibunya membimbing bapa ketika mengaji al-Quran.

"Menjadi lelaki tak semestinya kena sempurna atau 'perfect', gambar ini cukup menunjukkan betapa ego yang ada pada seorang lelaki itu jika ditolak tepi, ia mampu melahirkan izzah dalam hubungan.

"Saya juga selalu dibetulkan (bacaan al-Quran) dan terkadang dipandu oleh isteri, lantas terus berterima kasih padanya," ciapnya yang kemudian tular di laman sosial dengan lebih 8,700 ulang kicau.

@therealchewan21 antara yang turut bersetuju dengan pandangan Da'i Wan.

"Betul sangat ustaz, ada sesetengah lelaki meletakkan egonya begitu tinggi walapun dia tahu salah dan isterinya benar. Tidak boleh ditegur langsung, katanya lelaki ketua keluarga tapi ada juga sesetengah lelaki meletakkan egonya jauh demi sebuah ikatan kekeluargaan yang harmoni dan indah," katanya.

Kata @hxniii pula, "Betul, arwah abah dulu garang. Bab dalam rumah ni tak berani nak melawan tapi kalau abah mengaji dengan mama jadi lembut je tengok."

Sebelum ini, tular perkongsian Nisha menceritakan kisah ibunya membimbing bapanya setiap malam kerana kurang lancar membaca al-Quran.

Artikel Berkaitan:

Malah gadis itu menunjukkan foto di mana bapanya juga mencium tangan ibu sebagai tanda hormat kepada guru yang mengajarnya.