Hati-hati jika terserempak gajah

Gambar gajah berkeliaran yang berjaya dirakam: Foto: Perhilitan
Gambar gajah berkeliaran yang berjaya dirakam: Foto: Perhilitan
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu meminta orang ramai tidak ghairah mengambil gambar sekiranya terserempak dengan gajah bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Pengarahnya, Dr Abdul Malek Mohd Yusof sebaliknya berkata, masyarakat seharusnya lebih berhati-hati jika terserempak dengan haiwan itu kerana tidak mahu kejadian serangan gajah yang mengakibatkan kematian seperti di Mersing berulang.

Nasihat itu diberikan beliau susulan penyebaran video berdurasi 21 saat memaparkan dua ekor gajah dewasa bersama dua anak gajah berkeliaran di sekitar kawasan stesen minyak di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu semalam.

"Kita sedia maklum dengan penyebaran video yang menunjukkan sekumpulan gajah berkeliaran sejak semalam.

"Memang kita ada terima maklumat mengenai kehadiran kumpulan gajah itu dan siasatan kita mendapati kawasan itu memang laluan haiwan berkenaan,” katanya ketika mengulas kehadiran haiwan itu hari ini.

Menurut Dr Abdul Malek, Perhilitan Terengganu ada menerima laporan kes sama pada dua tahun lalu tetapi sejak kebelakangan ini, tiada aduan diterima sehingga kes terbaharu semalam.

"Kita tidak menolak kemungkinan kehadiran gajah itu disebabkan laluan berkenaan yang sunyi sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan: