X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Peranan KKM hanya beri nasihat kepada kerajaan

Dr Noor Hisham (kanan) pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya berperanan memberi nasihat serta memaklumkan perkembangan terkini berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) kepada pihak kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain daripada itu terutamanya hal-hal berkaitan dasar negara termasuk Persidangan Dewan Rakyat yang akan diteruskan pada 18 Mei ini, ia adalah di luar bidang kuasa KKM.

Beliau berkata, KKM hanya memberi nasihat berdasarkan data serta fakta berhubung situasi terkini transmisi Covid-19.

"Kita maklumkan kepada kerajaan dari segi perkembangan naik turun kes Covid-19 di negara serta apa yang dibuat setakat ini, itu peranan KKM.

"Selain itu bukan tugas kami di KKM untuk memberi nasihat terutamanya berkaitan 'policy matters'," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya hari ini.

Beliau berkata, KKM juga akan memberi panduan berkenaan amalan penjagaan kebersihan, penjarakkan sosial, tidak boleh berjabat tangan dan sebagainya kerana ia merupakan sebahagian daripada kebiasaan baharu rakyat Malaysia ketika ini.

"Ini antara peranan yang KKM boleh berikan di Parlimen nanti.

"Selain itu, kita akan bantu juga proses di Parlimen nanti dari segi saringan seperti pemeriksaan suhu, penyediaan termometer dan sebagainya," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!