Perlis kongsi langkah jadi negeri pertama bebas Covid-19

Perlis negeri pertama bebas Covid 19.
Perlis negeri pertama bebas Covid 19.
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Perlis dijangka mendedahkan inisiatif yang diambil sehingga berjaya diisytiharkan sebagai negeri pertama zon hijau koronavirus (Covid-19) pada program Sembang Santai Produktif secara dalam talian esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Yusof bakal berkongsi inisiatif produktif yang dijalankan di negeri itu menerusi webinar pada jam 2.30 petang, anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara.

Menurut Pengarah MPC Wilayah Utara, Dr Mazrina Mohamed Ibramsah, Azman menjadi ahli panel pada program itu dan akan membentangkan langkah-langkah pencegahan yang diambil sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri tersebut.

"Tajuk Covid-19: Perlis New Normal dipilih selepas Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu Covid-19 dikesan melebihi dua minggu.

"Orang ramai berpeluang mengetahui bagaimana kerajaan Perlis melakukannya dengan produktif sehingga berjaya mengekang wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program itu diadakan dengan kerjasama kerajaan Perlis itu dan orang ramai boleh mengakses maklumat lanjut di halaman rasmi MPC Wilayah Utara.

Pada 23 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan Perlis sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan melebihi dua minggu.

Artikel Berkaitan: