11 hari berturut-turut tiada kes baharu Covid-19 di Vietnam

Sebanyak 52,428 orang berada di bawah kuarantin di seluruh Vietnam termasuk di 323 hospital, 11,311 di kemudahan lain dan selebihnya di rumah. - Foto 123RF
Sebanyak 52,428 orang berada di bawah kuarantin di seluruh Vietnam termasuk di 323 hospital, 11,311 di kemudahan lain dan selebihnya di rumah. - Foto 123RF
A
A
A

HANOI - Setakat jam 6 pagi 27 April, tiada kes baharu koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Vietnam, hari ke-11 berturut-turut, kata Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Pengawalan Covid-19.

Menurut agensi berita Vietnam (VNA), jumlah kes di negara ini kekal pada 270 dengan 225 pesakit pulih dan tiada kematian dicatatkan.

Sebanyak 52,428 orang berada di bawah kuarantin di seluruh negara termasuk di 323 hospital, 11,311 di kemudahan lain dan selebihnya di rumah. - Bernama

Artikel Berkaitan: