Sindiket judi online di sebalik kondominium

Nik Ezanee (kanan) menunjukkan antara barang yang dirampas dalam serbuan sindiket judi online di kondominium di Seksyen 17, Petaling Jaya, semalam.
Nik Ezanee (kanan) menunjukkan antara barang yang dirampas dalam serbuan sindiket judi online di kondominium di Seksyen 17, Petaling Jaya, semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Sepasukan polis semalam menggempur sebuah kondominium di Seksyen 17 di sini selepas dipercayai menjadi pusat panggilan perjudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menahan 12 warga China berusia lingkungan 23 hingga 33 tahun termasuk dua wanita.

Beliau berkata, ketika serbuan pada jam 5.30 petang itu, seramai lapan lelaki ditahan di tingkat 20 kediaman berkenaan manakala dua lagi lelaki serta dua wanita ditahan di tingkat 21.

"Polis merampas pelbagai peralatan yang diguna suspek untuk menjalankan kegiatan perjudian termasuk komputer riba, telefon bimbit, kad sim, modem serta wang tunai," katanya pada sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

"Kita percaya sindiket berkenaan menyasarkan pemain dari negara China. Soal siasat juga mendapati suspek yang berperanan sebagai operator menerima gaji mencecah RM10,000 sehingga RM13,000 sebulan. Sindiket ini juga dikesan mengaut untung RM50,000 sehari," katanya.

Antara barang yang dirampas dalam serbuan sindiket judi online di kondominium di Seksyen 17, Petaling Jaya, semalam.
Antara barang yang dirampas dalam serbuan sindiket judi online di kondominium di Seksyen 17, Petaling Jaya, semalam.

Nik Ezanee memberitahu, kesemua suspek yang dipercayai masuk menggunakan pas pelancong itu kini direman empat hari untuk siasatan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, seramai 531 individu ditahan dan 124 daripadanya telah dituduh di mahkamah kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Petaling Jaya.