60 peniaga Pasar Awam Bahau disaring

Antara peniaga Pasar Awam Bahau yang menjalankan saringan.
Antara peniaga Pasar Awam Bahau yang menjalankan saringan.
A
A
A

JEMPOL - Seramai 60 peniaga di Pasar Awam Bahau menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol di Medan Niaga Bahau bermula jam 8 pagi tadi.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berkata, ujian saringan itu dilakukan berikutan seorang peniaga di pasar berkenaan disahkan positif Covid-19 pada 24 April lalu.

Menurutnya, peniaga sayur yang mengambil bekalan dari Pasar Borong Selayang dan berurusan secara terus dengan pesakit di bawah siasatan (PUI) antara golongan berisiko dan peniaga berdekatan di lot PUI akan diasingkan untuk disoal siasat pegawai kesihatan.

"Bagi peniaga yang tidak berurusan secara langsung dengan PUI, mereka akan diberi penerangan berkaitan penutupan Pasar Awam Bahau selain mengambil maklumat tambahan bagi membantu siasatan.

"Dalam mesyuarat pengurusan bencana daerah pagi tadi, kita juga bersetuju untuk menghantar kontak rapat dengan pesakit yang dikenali pasti terus ke pusat kuarantin bagi memudahkan mengawal pergerakan individu berkaitan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Teo Kok Seong (tengah) semasa membuat tinjauan di Pasar Awam Bahau pagi tadi.
Teo Kok Seong (tengah) semasa membuat tinjauan di Pasar Awam Bahau pagi tadi.

Kok Seong berkata, kerja pembersihan termasuk nyah cemar turut dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) dan SWM Enviroment.

Katanya, mengikut rekod, pasar berkenaan sudah menjalani proses sanitasi sebanyak lima kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Kok Seong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau berkata, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah turut mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya aktiviti perniagaan berhampiran Pasar Awam Bahau ditutup selama 14 hari bermula Rabu ini.

Anggota bomba melakukan sanitasi di Pasar Awam Bahau.
Anggota bomba melakukan sanitasi di Pasar Awam Bahau.

Katanya, ia membabitkan pasar ayam, Medan Niaga Bahau dan kedai berhampiran dengan pasar awam berkenaan.

Semalam, media melaporkan Pasar Awam Bahau ditutup selama 14 hari selepas seorang peniaga disahkan positif Covid-19 pada 24 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga positif Covid-19, pasar awam Bahau tutup 14 hari

Exco rayu semua peniaga Pasar Awam Bahau jalani saringan Covid-19

Jangkitan kluster pasar borong menular