Rakyat Temerloh sentiasa terima kehadiran Ustaz Ebit Lew

Mohd Sharkar
Mohd Sharkar
A
A
A

TEMERLOH - Rakyat Temerloh sentiasa menerima kehadiran pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dan menghargai usaha murninya membantu mereka yang memerlukan.

Ketua UMNO Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, beliau mengenali Ustaz Ebit Lew sebagai individu yang 'simple' dan baik.

"Ramai yang tahu ceramahnya penuh dengan pengisian dan mudah difahami. Kata-kata yang diungkapkan oleh Ebit Lew bagi saya sangat bermakna, 'simple' tetapi begitu mendalam maknanya," katanya.

Mohd Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata selain berceramah, pendakwah itu juga kerap tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.

"Saya percaya tidak semua mualaf ataupun orang Islam boleh melakukan seperti Ebit Lew," katanya.

Ebit Lew menjadi tumpuan seluruh negara berikutan tindakannya menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum dan agama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19) dikritik dan disalahertikan oleh segelintir piha

"Saya berpendapat, kisah Ebit Lew membantu golongan memerlukan dengan cara memuat naik di laman sosial sekadar berkongsi rasa kasih sayang dengan semua.Itu juga dinyatakan oleh beliau.

"Jika kita tidak mampu membantu orang memerlukan, kita hargai usaha orang lain," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Exco Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri memberitahu pendakwah itu pernah diundang berceramah di daerah itu pada 2018.