Fernandinho rindukan bola sepak, Man City

Fernandinho - Foto Gettyimages
Fernandinho - Foto Gettyimages
A
A
A

BINTANG tengah Manchester City, Fernandinho mengakui dia amat rindukan bola sepak terutamanya dengan penangguhan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan pandemik Covid-19 ketika ini.

Fernandinho, yang pulang ke Brazil bersama keluarganya berkata, dia jelas merasakan ‘kehilangan’ terutamanya dengan tiada sebarang aksi bola sepak yang diadakan selama berada negara berkenaan.

Menurutnya, biarpun sedang menikmati cuaca panas di Brazil bersama keluarga ketika ini, Fernandinho tetap rindukan bola sepak.

"Saya terlalu rindukan bola sepak. Bukan hanya bola sepak, tetapi hubungan saya dengan rakan-rakan sepasukan, staf dan semua yang terlibat dengan Man City.

“Saya rindukan untuk tiba di kelab setiap pagi, berbual dengan semua orang di dapur. Kini adalah masa yang sukar untuk semua orang dan saya rasakannya di sini kerana saya benar-benar rindukan semua orang,” katanya.

Untuk rekod saingan EPL dihentikan bulan lalu, berikutan penularan wabak Covid-19 yang meragut 206,000 nyawa di seluruh dunia.

Ketika ditangguhkan, City berada pada kedudukan kedua EPL dan ketinggalan 25 mata berbanding pendahulu, Liverpool.

Sementara itu, Fernandinho berkata, dia masih tetap berhubung dengan rakan-rakan sepasukan biarpun berdepan kesukaran selama tempoh isolasi yang dilaluinya.

Artikel Berkaitan:

Namun katanya, dia tetap menikmati dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga di negara kelahirannya itu.

“Sebelum tempoh perintah berkuruang dijalan di United Kingdom (UK), saya memohon kebenaran kembali ke Brazil untuk berada bersama keluarga pada saat sukar ini.

“Pihak pengurusan kelab membenarkanny, namun saya tetap rindukan rakan-rakan. Kita semua hidup dalam suasana berbeza sekarang. Anda boleh buat panggilan telefon, panggilan video, tetapi ia tetap tidak sama,” katanya.