McTominay tak pernah berniat tinggalkan United

Scott McTominay - Foto Getty Images
Scott McTominay - Foto Getty Images
A
A
A

PEMAIN Manchester United, Scott McTominay mendedahkan dia tidak pernah berniat untuk cuba meninggalkan pasukannya biarpun ada kemungkinan untuk berbuat demikian walaupun secara pinjaman.

McTominay berkata, biarpun sering tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan oleh bekas pengendali United, Jose Mourinho, namun sejak melakukan debut sulungnya ketika berdepan Arsenal di Emirates pada musim 2017 lalu, dia mula menjadi pilihan utama pasukan bagi aksi terakhir, berdepan Crystal Palace.

Sejak itu menurut McTominay, bagi musim 2018/2019 dia sering membarisi kesebelasan utama pasukan dan melakukan 27 penampilan dalam semua pertandingan, malah menerima penghargaan daripada Mourinho sebagai pemain terbaik tahunan dalam satu majlis makan malam skuad The Red Devils.

“Kira-kira setahun setengah yang lalu, ada masanya pemain mungkin meninggalkan pasukan setelah menerima tawaran dan peluang.

“Anda mendengar banyak cerita mengenai pemain yang berhijrah secara pinjaman, namun saya sentiasa katakan saya tidak akan melakukannya (meninggalkan pasukan),” katanya.

Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun itu mengakui pernah ditawarkan untuk berhijrah ke sebuah pasukan ternama, namun Mourinho kembali memberikannya peluang beraksi bersama United.

Kini pemain tengah itu masih diberikan kepercayaan oleh pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer untuk terus membarisi kesebelasan utama pasukan.

Untuk rekod, skuad The Red Devils berjaya memanfaatkan sistem pinjaman pemainnya (ke pasukan lain), apabila ramai (pemain) yang kembali ke United kini beraksi dalam kesebelasan utama.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, McTominay berkata, sehingga ke hari ini dia tidak mempunyai perancangan untuk meninggalkan United dan mahu terus memberikan yang terbaik di Old Trafford.

“Saya mahu memberikan aksi terbaik di sini (Old Trafford) dahulu dan sekiranya ia tidak menjadi, barulah saya akan meninggalkan pasukan,” katanya.