X

Kindly register in order to view this article
!

Sempat beli barang keperluan sebelum kawasan diisytihar PKPD

Jaidie menyiram pokok bunga di luar rumahnya yang sudah dipagar kawat berduri.
A
A

GOMBAK - Seorang penduduk di Selayang Baru di sini menyifatkan dirinya bernasib baik kerana sempat membeli barangan keperluan termasuk susu untuk bayinya sehari sebelum kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jaidie Mohamad, 35, yang tinggal di Jalan 1 di kawasan itu berkata, walaupun terpaksa menghadapi kepayahan kerana tidak boleh keluar ke mana-mana, namun dia memuji langkah pihak berkuasa melaksanakan PKPD bagi mengelakkan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) merebak.

“Saya ada bayi berusia 1 bulan tapi syukur sehari sebelumnya saya sudah beli barangan keperluannya termasuk susu. Bagi saya, kerajaan sudah putuskan kawasan ini kena PKPD, kita sebagai penduduk perlu ikut.

“Saya hanya bekerja di sebuah pasar raya dekat-dekat sini. Cuma kita harap kebajikan penduduk di sini dijaga dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kawasan berkenan mendapati sepasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menaiki van rasmi kementerian datang untuk melakukan saringan kepada penduduk.

Kenderaan yang membawa petugas KKM  di kawasan Selayang Baru.
Kenderaan yang membawa petugas KKM di kawasan Selayang Baru.

Beberapa kawasan perumahan dikawal ketat oleh anggota polis dan tentera.

Kelmarin, kerajaan memutuskan enam parcel di Selayang Baru diisytiharkan sebagai kawasan PKPD sehingga 3 Mei ini.

Anggota sedang melakukan pemeriksaan kenderaan keluar dan masuk di Jalan 1, Selayang Baru.
Anggota sedang melakukan pemeriksaan kenderaan keluar dan masuk di Jalan 1, Selayang Baru.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD ketujuh di Selayang Baru

Kawat duri sekitar Jalan Selayang Baru

Penduduk Selayang Baru akan jalani saringan Covid-19 segera

Saringan Covid-19 di Selayang Baru mula secara berperingkat


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!