Petugas RHB disahkan positif Covid-19

RHB Banking Group (RHB) mengesahkan seorang pekerjanya dari RHB cawangan Simpang Tiga, Kuching telah disahkan positif koronavirus (Covid-19).
RHB Banking Group (RHB) mengesahkan seorang pekerjanya dari RHB cawangan Simpang Tiga, Kuching telah disahkan positif koronavirus (Covid-19).
A
A
A

KUALA LUMPUR – RHB Banking Group (RHB) mengesahkan seorang pekerjanya dari RHB cawangan Simpang Tiga, Kuching telah disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Pekerja itu disahkan positif Covid-19 pada 25 April dan ketika ini sedang menjalani kuarantin.

Cawangan bank yang terjejas itu turut ditutup sementara mulai 25 Mac dan akan menghentikan operasi sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

“Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman akan dijalankan di cawangan itu mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan (MoH),” kata RHB dalam kenyataan hari ini.

Sebagai langkah pencegahan, pekerja-pekerja bank berkenaan yang mempunyai kontak rapat dengan petugas yang dijangkiti virus itu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Bank berkenaan telah melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, petugas dan masyarakat. - Bernama

Artikel Berkaitan: