Banjir kilat dua hari berturut-turut di DUN Sungai Tua

Jamil berada di kawasan banjir kilat Kampung Sungai Kertas hari ini.
Jamil berada di kawasan banjir kilat Kampung Sungai Kertas hari ini.
A
A
A

BATU CAVES - Belum pun sampai 48 jam dilanda banjir kilat, penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sekali lagi terpaksa berdepan dengan musibah tersebut yang kembali melanda di kawasan itu.

Insiden sama dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Kertas, Kampung Sungai Tua Tambahan, Kampung Laksamana, Kampung Nakhoda, Kampung Indian Settlement Batu Caves dan Kampung Arab di Selayang Baru.

Ketua Kampung Sungai Kertas, Jamil Azaman Razak berkata, kejadian hari ini lebih teruk berbanding semalam selepas air naik sehingga 0.5 meter.

Air lumpur memasuki rumah penduduk di Kampung Sungai Tua.
Air lumpur memasuki rumah penduduk di Kampung Sungai Tua.

"Kami baru selesai hantar makanan kepada penduduk yang terlibat banjir kilat semalam sebelum kejadian sama berulang hari ini.

"Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini bagi menempatkan penduduk terlibat," katanya.

Menurutnya, banjir kilat itu berlaku sekitar jam 6 petang ketika hujan lebat sebelum beransur-ansur surut sejam kemudian.

Sebuah van tersangkut dalam banjir kilat melanda Kampung Sungai Kertas hari ini.
Sebuah van tersangkut dalam banjir kilat melanda Kampung Sungai Kertas hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Kerja pembersihan sedang dilakukan penduduk selepas air mulai surut kira-kira jam 7 petang tadi," katanya.