Pesara guru sumbang tenaga jahit PPE

Norimah sedang menyiapkan PPE sumbangan Pertubuhan Ikram Johor di Kompleks Pertubuhan Ikram Johor, Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru.
Norimah sedang menyiapkan PPE sumbangan Pertubuhan Ikram Johor di Kompleks Pertubuhan Ikram Johor, Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Walapun sudah bersara, seorang bekas guru dalam usia emasnya turut menyumbang tenaga menjahit pakaian perlindungan diri (PPE).

Norimah Ab Karim, 64, merasa terpanggil dan tidak mahu melepaskan peluang menyumbang kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus dan mempertaruhkan nyawa berdepan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pesara guru dari Taman Universiti, Skudai, dekat sini dan merupakan sukarelawan Pertubuhan Ikram Johor mengakui tidak memiliki kemahiran menjahit, namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk menyumbangkan bakti.

"Sebelum ini saya mampu menyiapkan 11 gaun isolasi untuk PPE dalam sehari dan selepas ini akan cuba sedaya upaya siapkan 17 gaun isolasi sehari. Saya melakukan ini secara sukarela pada setiap hari.

"Selain mengisi masa terluang, saya juga dapat membantu mereka yang berada di barisan hadapan. Walaupun penat tetapi tetap berpuas hati kerana dapat memberikan sedikit sumbangan," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Pertubuhan Ikram Johor, Taman Universiti semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Johor, Profesor Madya Dr Mohamed Ruslan Abdullah dan ketua projek, Dr Siti Kamariah Othman.

Norimah merupakan seorang daripada 16 sukarelawan Pertubuhan Ikram Johor yang sedang menyiapkan 2,000 peralatan dan pakaian PPE sumbangan pertubuhan itu untuk diagihkan di klinik kesihatan serta hospital seluruh Johor.

Ibu kepada lima anak itu berkata, keluarganya terutama suami memberikan sokongan penuh terhadap usahanya itu yang berada di kompleks berkenaan setiap hari dari jam 9 pagi hingga 3 petang untuk menyiapkan PPE.

Artikel Berkaitan: