PRK Dun Semenyih: Pemuda Umno ada senarai calon

Rizam (berdiri, tiga kanan) hadir bersama pemimpin setempat pada Program Ziarah Kasih di Kampung Sungai Apong, di sini.
Rizam (berdiri, tiga kanan) hadir bersama pemimpin setempat pada Program Ziarah Kasih di Kampung Sungai Apong, di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Pemuda Umno Selangor mempunyai beberapa senarai nama calon muda muka baharu untuk diketengahkan bagi menghadapi PRK Dun Semenyih.

Ketuanya, Rizam Ismail berkata, senarai calon berpotensi itu akan dibawa dalam perbincangan peringkat Umno negeri.

"Kami di peringkat Pemuda Umno (Selangor) hanya mengesyorkan sahaja kerana kita ada beberapa nama, tetapi masih dalam peringkat perbincangan," katanya pada Program Ziarah Kasih di Kampung Sungai Apong, di sini, hari ini.

Bagaimanapun Rizam yang juga Ketua Pembangkang Dun Selangor berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi menentukan siapa saja calon sesuai.

"Saya berharap, kita memberi keutamaan kepada calon tempatan dan peringkat Umno Bahagian (Hulu Langat) menentukan, namun sekiranya ada calon lain dilihat bersesuaian kami sedia menyokong," katanya.

Kerusi Dun Semenyih kosong selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pada PRU14 lalu, Bakhtiar daripada Bersatu mengalahkan penyandang terdahulu dari BN iaitu Datuk Johan Abdul Aziz.

PRK Dun Semenyih merupakan PRK keempat di negeri ini dalam tempoh lapan bulan selepas Dun Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong yang semuanya memihak kepada PH.

Artikel Berkaitan:

#sabakbernam PRK Dun Semenyih: Pemuda Umno kemuka senarai calon MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR SABAK BERNAM - Pemuda Umno Selangor mempunyai beberapa senarai nama calon muda muka baharu untuk diketengahkan bagi menghadapi PRK Dun Semenyih. Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/8076/BERITA/Politik/PRK-Dun-Semenyih-Pemuda-Umno-ada-senarai-calon

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Thursday, January 17, 2019