Jangkitan kluster pasar borong menular

 Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan peniaga di Pasar Awam Bahau, Negeri Sembilan dan Taman Megah, Petaling Jaya dikesan mempunyai kaitan dengan kluster jangkitan di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan saringan terhadap peniaga di kedua-dua pasar berkenaan termasuk kontak rapat.

"Kita dapati peniaga ini dari pasar borong Kuala Lumpur dan kembali ke Bahau dan jalani perniagaan di situ. Kita anggap ia kluster pasar borong.

"Kita akan uji 60 peniaga ini dan saringan sudah pun bermula. Kita harap dapat kawal jangkitan dan kurangkan jangkitannya," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sinar Harian hari ini melaporkan Pasar Awam Bahau ditutup selama 14 hari bermula 27 April sehingga 10 Mei depan untuk kerja-kerja pembersihan selepas salah seorang peniaga di situ disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, peniaga berusia 44 tahun yang disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu merupakan kluster dari Pasar Borong Selayang, Selangor.

Artikel Berkaitan: