X

Kindly register in order to view this article
!

KKM perketat saringan kru penerbangan pulang dari luar negara

Walaupun terdapat anak kapal yang tidak singgah atau bermalam di negara terbabit namun mereka akan dikenal pasti sama ada menghidap sebarang gejala berkaitan atau tidak. - Gambar hiasan.
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperketatkan saringan koronavirus (Covid-19) terhadap semua anak kapal melibatkan penerbangan pulang dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara tersebut dibincangkan pihaknya bersama Kementerian Pengangkutan baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun terdapat anak kapal yang tidak singgah atau bermalam di negara terbabit, namun mereka akan dikenal pasti sama ada menghidap sebarang gejala berkaitan atau tidak.

"Kita juga melihat penumpang-penumpang kapal terbang tersebut. Kalau ada penumpang yang positif, kita akan menjejaki penumpang tersebut dan memaklumkan kepada anak kapal.

"Itulah perbincangan kita untuk perketatkan dari segi saringan kita terhadap anak-anak kapal tersebut," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan disahkan positif atau dikenakan arahan kuarantin diminta supaya mematuhi garis panduan ditetapkan negara terbabit.

Menurutnya, kebiasaan kerajaan negara tersebut akan memaklumkan kepada kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) jika terdapat warga asing yang disahkan positif Covid-19.

"KKM akan catatkan dalam rekod kita maka mereka kena patuh kepada garis panduan yang ditetapkan sebelum negara terbabit mengizinkan mereka kembali.

"Negara itu akan maklumkan kepada kita kalau kes-kes tersebut akan pulang ke tanah air," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus