X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 136,941 individu telah disaring

Seramai 136,941 individu yang dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan kes positif wabak koronavirus (Covid-19) telah disaring ketika ini.
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 136,941 individu yang dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan kes positif wabak koronavirus (Covid-19) telah disaring ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya 5,780 orang didapati positif Covid-19.

Menurutnya, berdasarkan rekod terkini juga terdapat lima kluster aktif yang menyaksikan pertambahan kes baharu.

"Kluster aktif di Malaysia ialah ialah persidangan gereja di Kuching, Samarahan dan Serian yang mencatat dua kes baharu menjadikan keseluruhan 165 kes.

"Flat Kampung Baru ada pertambahan dua kes menjadikan jumlah 36 kes.

"Kluster Pesantren dan tabligh di madrasah Johor ada pertambahan satu kes menjadi jumlah masing-masing 90 dan 27 kes," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kluster lain yang turut didapati aktif ialah Hospital Muar juga bertambah satu kes menjadikan jumlah 24 kes.

"Lain-lain kluster lain tiada pertambahan kes baharu," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!