KKM jangka lebih banyak kes positif Covid-19

Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan lebih banyak kes positif koronavirus (Covid-19) akan dikenal pasti dalam masa terdekat susulan aktiviti pendekatan tertumpu masih diteruskan ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara aktiviti pendekatan tertumpu yang dilaksanakan ialah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi, aktiviti pengesanan di madrasah atau sekolah tahfiz dan stesen kuarantin khususnya bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini, KKM telah mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi serta rawatan terutama kepada kumpulan sasar yang berisiko tinggi dengan pendekatan tertumpu.

"Ini diharap dapat mengekang penularan di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya sini hari ini.

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, hasil aktiviti pendekatan tertumpu yang dilaksanakan itu sebanyak 638 kes positif di kesan di kawasan PKPD, madrasah atau tahfiz ialah 341 orang.

"Di stesen kuarantin yang menempatkan pengembara warganegara Malaysia yang balik dari luar negara didapati 139 orang positif wabak itu.

"Ia melibatkan melawat Indonesia (99), United Kingdom (14), Singapura (13), Turki (lima), Belanda (3), Amerika Syarikat (2) dan masing-masing satu kes Thailand,Perancis dan Bangladesh," katanya.

Artikel Berkaitan: