Penduduk London penuhi taman untuk berjemur

Polis memberitahu oran awam untuk tidak berjemur. Kredit foto Metro.Co.Uk
Polis memberitahu oran awam untuk tidak berjemur. Kredit foto Metro.Co.Uk
A
A
A

LONDON - Pegawai kesihatan bimbang dengan kesihatan warga Britain kerana data trafik telefon pintar menunjukkan lebih ramai antara mereka berada di jalanan dan sedang mencari arah di luar.

Menurut Metro.Co.Uk, Taman Hyde London juga dipenuhi dengan orang ramai yang keluar untuk berjemur di bawah matahari.

Pengarah NHS England, Profesor Stephen Powis berkata, ada sedikit kebimbangan timbul setelah cuaca panas menarik orang ramai untuk ke ruang awam.

“Kadar lalu lintas turun 59 peratus berbanding Februari tetapi meningkat tiga peratus dalam masa tujuh hari ini berbanding minggu sebelumnya,” katanya.

Polis meminta keluarga yang sedang berkelah meninggalkan taman. Kredit foto Metro.Co.Uk
Polis meminta keluarga yang sedang berkelah meninggalkan taman. Kredit foto Metro.Co.Uk

Pada masa yang sama, data mobiliti yang dikeluarkan oleh Apple menunjukkan bahawa dalam beberapa hari ini pencarian peta untuk pejalan kaki dan pemandu telah meningkat sebanyak lapan peratus.

Kerajaan berkata, orang ramai hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan, mendapatkan bantuan perubatan untuk menolong orang yang sakit dan pergi bekerja jika perlu.

“Virus ini sangat cepat merebak. Sia-sia sahaja usaha kita selama empat minggu sebelum ini jika penularan wabak Covid-19 bermula kembali,” katanya.

Artikel Berkaitan: