Covid-19: Bilangan kes discaj lebih dua kali ganda kes baharu

 Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Bilangan kes yang discaj hari ini merekodkan lebih dua kali ganda jumlah kes positif wabak koronavirus (Covid-19) baharu yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 100 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini berbanding 38 kes baharu direkodkan.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,862 kes atau 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, dengan penambahan 38 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 5,780 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 1,820 kes.

"Berdasarkan maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiagaan dan Tindakan Krisis (CPRC) Kebangsaan, tiada pertambahan kes kematian berkaitan wabak tersebut hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 98 kes," katanya.

Artikel Berkaitan: