Kluster Bali: 1,500 individu jalani saringan Covid-19

Proses saringan dan pensampelan Covid-19 dibuat secara pandu lalu dilaksanakan dengan begitu lancar dan teratur oleh petugas kesihatan dan barisan hadapan.
Proses saringan dan pensampelan Covid-19 dibuat secara pandu lalu dilaksanakan dengan begitu lancar dan teratur oleh petugas kesihatan dan barisan hadapan.
A
A
A

KUANTAN - Sejumlah 1,500 individu dipanggil menjalani saringan koronavirus (Covid-19) dan pengambilan sampel menerusi kaedah pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda berkata, kesemua mereka terdiri daripada kontak langsung dan tidak langsung pesakit Covid-19 dari kluster Bali di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Kuantan termasuk warga kerja dan keluarga mereka.

Menurutnya, mereka yang dikenal pasti merupakan kumpulan berisiko Covid-19 yang perlu diberi perhatian.

"Mereka ini termasuklah pesakit yang dirawat di IIUM sejak 19 hingga 21 April, staf yang bertugas serta ahli keluarga dan anak-anak kepada petugas kesihatan yang bekerja di hospital terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Petugas kesihatan sedang memeriksa salah seorang individu dalam kenderaan.
Petugas kesihatan sedang memeriksa salah seorang individu dalam kenderaan.

Terdahulu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati sebanyak 10 kaunter dibuka bagi melancarkan proses saringan.

Mengulas lanjut katanya, saringan pandu lalu Covid-19 itu membabitkan kerjasama Klinik Kesihatan Maran, Pekan dan Kuantan melibatkan kira-kira 100 petugas kesihatan dan barisan hadapan.

Jelasnya, inisiatif berkenaan mendapat sambutan baik daripada mereka yang dikenal pasti sebagai langkah awal dan berjaga-jaga, seterusnya tindakan lebih awal dapat dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, petugas kesihatan dan keluarga yang dipanggil adalah dari IIUM sahaja," katanya.