Najib jawab tuduhan Kit Siang tak bela Orang Asli

Najib bertemu dengan Orang Asli sepanjang kempen PRK Cameron Highlands. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Najib bertemu dengan Orang Asli sepanjang kempen PRK Cameron Highlands. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa beliau gagal membela masyarakat Orang Asli di sini.

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Pekan itu, banyak program dirancang untuk Orang Asli sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri keenam.

"Saya tahu Orang Asli hargai kerajaan BN dan projek yang kita luluskan selama ini. Yang terakhir, saya lancarkan perumahan di Kampung Sungai Ruil setelah tragedi runtuhan tanah di situ.

"Banyak jasa kita kepada masyarakat Cameron Highlands, maka tak betullah dakwaan saya tak bela Orang Asli. Cuma mereka mendiami kawasan yang luas dan ambil masa nak tempatkan kemudahan," katanya kepada media selepas sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Raja, di sini, hari ini. Turut hadir, calon BN, Ramli Mohd Nor.

Terdahulu, Kit Siang dalam satu kenyataan mendakwa Najib gagal membela nasib Orang Asli di Cameron Highlands.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau hairan apabila kehadirannya ke Cameron Highlands digeruni pemimpin PH termasuk Kit Siang yang 'menyerang' dirinya.

"Saya tak tahu apa yang PH takut, saya bukan lagi Perdana Menteri. Saya datang sini ikhlas nak bantu calon.

"Saya tahu sentimen di sini masih kuat kepada Allahyarham Tun Razak (Hussein), pada saya dan BN keseluruhannya. Namun, dalam PRK tak boleh pandang ringan lawan," katanya.

Artikel Berkaitan: