Itali rekod kematian terendah dalam tempoh enam minggu

Jabatan Perlindungan Awam berkata, angka korban dicatatkan pada Jumaat lalu ialah seramai 420 orang dan jumlah keseluruhan korban ialah 26,384 sejak wabak mula merebak di utara Itali, awal tahun ini. - Foto 123RF
Jabatan Perlindungan Awam berkata, angka korban dicatatkan pada Jumaat lalu ialah seramai 420 orang dan jumlah keseluruhan korban ialah 26,384 sejak wabak mula merebak di utara Itali, awal tahun ini. - Foto 123RF
A
A
A

ROM - Itali pada Sabtu melaporkan 415 kematian baharu akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, peningkatan harian terendah sejak 18 Mac sekali gus memberi isyarat menggalakkan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Jabatan Perlindungan Awam berkata, angka korban dicatatkan pada Jumaat lalu ialah seramai 420 orang dan jumlah keseluruhan korban ialah 26,384 sejak wabak mula merebak di utara Itali, awal tahun ini.

Jumlah kes aktif pula 105,847 menurun sebanyak 680 berbanding hari sebelumnya, penurunan keenam berturut-turut.

Daripada jumlah kes positif, 2,102 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (turun sebanyak 71 pesakit berbanding hari Jumaat), 21,533 dirawat di wad biasa (turun 535 pesakit), selebihnya 77.7 peratus dikuarantin di rumah.

Seramai 63,120 pesakit pula telah pulih setakat ini.

Pada 10 Mac, Itali menguatkuasakan sekatan pergerakan di seluruh negara, dijangka sehingga 3 Mei. Selepas itu, langkah pencegahan "Tahap Dua" akan diperkenalkan menyaksikan "aktiviti sosial dan ekonomi disambung semula secara bertahap."

Terdahulu, Pesuruhjaya Khas Darurat Covid-19, Domenico Arcuri, berkata ujian darah untuk mengesan antibodi koronavirus baharu akan bermula pada 4 Mei. - Bernama

Artikel Berkaitan: