Peniaga positif Covid-19, pasar awam Bahau tutup 14 hari

Pasar Awam Bahau ditutup bermula esok sehingga 10 Mei.
Pasar Awam Bahau ditutup bermula esok sehingga 10 Mei.
A
A
A

JEMPOL - [DIKEMAS KINI] Pasar Awam Bahau ditutup selama 14 hari bermula esok sehingga 10 Mei depan untuk kerja-kerja pembersihan selepas salah seorang peniaga di situ disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, peniaga berusia 44 tahun yang disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu itu dipercayai dari kluster Pasar Borong Selayang, Selangor.

"Seramai 60 peniaga pasar tersebut diwajibkan untuk menjalani saringan bermula jam 8 pagi esok di Medan Niaga Bahau iaitu bersebelahan dengan Pasar Awam Bahau.

"Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu panik kerana keadaan adalah terkawal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Teo (empat dari kanan) ketika meninjau perkembangan kes di lokasi pada tengah hari tadi.
Teo (empat dari kanan) ketika meninjau perkembangan kes di lokasi pada tengah hari tadi.

Mengulas lanjut, Syahrul Nizam berkata, pasar ayam yang berada berhampiran pasar berkenaan tidak ditutup termasuk pasar non halal namun kemasukan pelanggan di situ diperketatkan.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa terutamanya dalam pematuhan penjagaan kebersihan serta penjarakkan sosial selain duduk di rumah," katanya.

Sementara itu, setakat jam 5 petang semalam melalui hebahan di laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan merekodkan daerah Jempol sifar kes Covid-19, 12 kes terkumpul dan kesemuanya telah keluar wad selain sifar kematian sekaligus menjadikan daerah ini berada dalam zon hijau.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau merangkap Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong turut ke lokasi pada tengah hari tadi bagi meninjau perkembangan kes.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!