X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Petronas nafi dakwaan tutup pelantar penggerudian

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR- [DIKEMASKINI] Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan dakwaan bahawa ia menutup pelantarnya, di luar pesisir Malaysia, selain daripada yang telah menamatkan operasi penggerudian mereka atau ditangguhkan sementara berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).

Katanya sebanyak 18 pelantar penggerudiannya masih beroperasi di perairan Malaysia.

Syarikat minyak nasional itu berkata demikian dalam kenyataan hari ini bagi mengulas laporan berita pada Jumaat, yang mendakwa sebanyak 14 pelantar penggerudian Petronas tidak aktif dan 14 projek ditutup.

"Petronas juga ingin menjelaskan bahawa terdapat penangguhan sementara projek di beberapa lokasi kerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Pada masa ini, kebanyakan projek ini sama ada telah menyambung semula aktiviti kerja mereka atau disambung semula tidak lama lagi selepas mendapat kelulusan yang diperlukan daripada kerajaan," katanya.

Petronas berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengurangkan impak pandemik tersebut terhadap program perbelanjaan modal (CAPEX) domestik yang dirancang.

"Bagaimanapun, kami menjangka terdapat beberapa projek akan mengalami kelewatan berikutan sekatan pergerakan yang berpanjangan di peringkat global dan PKP di Malaysia, serta gangguan yang dijangka terhadap rantaian bekalan global," katanya.-Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!