43 kes positif PUI kluster Bali dikesan di Kuantan

KKM hari ini mengesahkan terdapat 43 kes positif Covid-19 bagi pesakit PUI kluster Bali. - Gambar hiasan
KKM hari ini mengesahkan terdapat 43 kes positif Covid-19 bagi pesakit PUI kluster Bali. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 43 kes positif wabak koronavirus (Covid-19) bagi kluster pesakit di bawah pemantauan (PUI) Bali di sebuah pusat perubatan di Kuantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 kes daripada jumlah itu membabitkan kakitangan kesihatan.

Menurutnya, sebanyak 2,301 ujian saringan Covid-19 dijalankan melibatkan kakitangan kesihatan dan pesakit dari pusat perubatan tersebut.

"Langkah-langkah kawalan penularan jangkitan Covid-19 sedang giat dijalankan dengan kerjasama rapat KKM termasuk proses dekontaminasi dan pemindahan pesakit ke hospital KKM berdekatan.

"Daripada 43 yang disahkan positif itu, 30 orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Pahang, sembilan sudah sembuh, seorang sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiga orang telah disahkan meninggal dunia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, KKM turut mengingatkan semua kakitangan kesihatan kerajaan dan swasta sentiasa menggunakan topeng muka terutamanya ketika mengendalikan kes-kes Influenza Like Illness (ILI) / Severe Acute Respiratory Infection (SARI).

"Selain itu, pemakaian alat pelindung diri (PPE) yang sesuai semasa melakukan sebarang prosedur klinikal juga adalah amat penting," katanya.

Artikel Berkaitan: