Asteroid face mask lintasi bumi minggu depan

Ciapan NASA pada Twitter. Gambar kanan: foto asteroid berkenaan.
Ciapan NASA pada Twitter. Gambar kanan: foto asteroid berkenaan.
A
A
A

PUERTO RICO - Asteroid yang dilaporkan berukuran separuh saiz Gunung Everest dijangka terbang melintasi bumi minggu depan.

Menurut India Times, saintis mendapati perkara unik mengenai asteroid ialah bentuknya seakan topeng muka.

Pusat pemerhatian di Puerto Rico menjangkakan asteroid 1998 OR2 itu akan melintasi bumi pada 29 April pada jarak 6.3 juta kilometer (KM).

Perkara tersebut turut dikongsikan agensi berkenaan menerusi laman Twitter Arecibo Radar.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) juga pada masa sama menerusi Twitter berkata, asteroid berkenaan mempunyai bulan kecilnya sendiri.

Asteroid tersebut ditemui NASA pada tahun 1998. Ia cukup besar untuk mengakibatkan kesan global jika ia menghentam bumi namun perkara itu tidak akan terjadi.

Artikel Berkaitan: