Pas tidak letak calon di PRK Dun Semenyih

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SEMENYIH – Pas telah membuat keputusan tidak akan meletakkan calon pada PRK Dun Semenyih.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang semalam telah membuat keputusan tersebut.

“Pas akan memberikan laluan kepada wakil pembangkang iaitu BN bagi memperolehi sokongan undi yang lebih besar dalam PRU 14 yang lalu.

“Kita juga mengharapkan PRK ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan wakil pembangkang, terutama dalam Dun Selangor,” katanya.

Beliau berkata, maka proses semak dan imbang (check and balance) yang dimainkan oleh pembangkang yang konstruktif akan memberikan kebaikan kepada rakyat Negeri ini khususnya.

“Selaras dengan itu, Pas akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat untuk membantu pihak pembangkang dalam menghadapi PRK ini. Pas juga akan menyeru dan mengarahkan ahli-ahlinya di kawasan ini supaya turun membuang undi sebagaimana pendirian parti bagi memberi sokongan kepada calon yang mewakili pembangkang nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan: