Zoo guna cimpanzi lakukan proses sanitasi dikecam

Cimpanzi berkenaan sedang melakukan proses sanitasi. - Foto DailyStar.Co.Uk
Cimpanzi berkenaan sedang melakukan proses sanitasi. - Foto DailyStar.Co.Uk
A
A
A

SAMUT PRAKAN- Sebuah Zoo di Thailand dikecam kerana menggunakan seekor cimpanzi untuk melakukan proses sanitasi bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) setelah video berkenaan tular.

Menurut DailyStar.Co.Uk, pihak Zoo dan Ladang Buaya Samut Prakarn diarahkan oleh pihak berkuasa supaya menghentikan aktiviti itu serta-merta.

Cimpanzi berusia enam tahun itu dipakaikan baju Hawai dan mengenakan topeng muka sambil berbasikal membawa tong cecair semburan nyahkuman di belakangnya untuk membuat semburan dalam kawasan zoo.

Menteri Alam Sekitar, Varawuth Silpa-archa kemudiannya melawat zoo berkenaan pada Selasa lalu meminta pihak zoo menghentikan aktiviti yang mampu mengancam nyawa haiwan tersebut.

Zoo berkenaan sebelum ini juga pernah dikritik kerana menggunakan sepasang gajah yang kelihatan kurus serta tidak bermaya dalam satu pertunjukan mereka.

Artikel Berkaitan: