Perbincangan KKM- pasukan perubatan China berlangsung baik

Dr Noor Hisham (tengah) pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham (tengah) pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perbincangan antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pasukan pakar perunding perubatan China disifatkan menarik dan berjalan lancar bagi mencari kaedah melawan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengalaman China dalam tempoh dua bulan awal diserang wabak itu secara tidak langsung dapat membantu negara ini melawan virus baharu itu.

"Kita tidak mempunyai pengalaman (melawan Covid-19) sama juga seperti di negala lain kerana ia merupakan virus baharu.

"Tetapi disebabkan mereka (China) dua bulan lebih awal diserang wabak ini, kita dapat berkongsi pengalaman dan melihat pelan tindakan strategik yang boleh diambil (dalam menangani Covid-19)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai pasukan perubatan China yang tiba di Malaysia minggu lalu bagi membantu melawan Covid-19 di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, selain berkongsi pengalaman China turut dibincangkan mengenai penyelidikan vaksin.

"Kita harap dengan perbincangan dan pengalaman yang dikongsi China ini akan membuahkan hasil yang baik dalam usaha untuk melawan wabak ini," katanya.

Artikel Berkaitan: