'Berbalah' soal SpongeBob baju Melayu, bersamping

baju
baju
A
A
A

BAJU MELAYU karakter kartun popular SpongeBob SquarePants dan Patrick yang dimuat naik di Twitter mereka menjadi pertikaian di media sosial itu selepas beberapa peminat dari Malaysia dan Indonesia mendakwa pakaian itu hak milik negara mereka.

Foto dua kartun itu mengenakan baju Melayu dan bersamping mengucapkan salam Ramadan kepada umat Islam seluruh dunia sehingga kini menerima 169,000 ulang kongsi dan lebih 308,000 tanda suka..

Aiman Hakim mendakwa, batik berasal dari Indonesia dan dipersetujui oleh Listyo yang memberitahu pakaian tradisional itu dari negara berkenaan namun Superboy mencelah, batik milik Indonesia dan Malaysia.

Bagaimanapun, Superboy dalam nada gurau berkata, jika berlaku pertikaian lagi berhubung adat, budaya, pakaian, lebih baik berkongsi sahaja.

baju2
baju2

Deen pula menulis, "Baju Melayu, samping adalah Malaysia" dan disokong Balqis dengan menyatakan Indonesia tidak memakai pakaian seperti itu ketika perayaan.

Sementara itu, pengguna Wahyu tidak mengambil serius pertikaian itu dan menganggapnya sebagai jenaka dan menulis, "Kami memiliki budaya sama. Terbaik semua!!!"

"Kita semua nusantara serumpun. Jadi, saya sebarkan kasih sayang buat semua. Salam Ramadan, sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat." ciapnya.

Artikel Berkaitan:

Bagi Hashaintonit berkata, "Di Brunei juga pakai pakaian seperti itu. Padahal serumpun ja sebenarnya empat negara ini."