MAIWP beri pengecualian sewa selama tiga bulan

MAIWP
MAIWP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberi pengecualian sewaan selama tiga bulan bermula April kepada 240 penyewa premis kediaman yang terdiri daripada kelompok B40.

Unit Komunikasi Korporat MAIWP melalui satu kenyataan memberitahu inisiatif membabitkan sebanyak RM2.91 juta itu selari dengan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meringankan beban rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, pengecualian turut diberikan kepada penyewa premis komersil terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dapat beroperasi sepanjang tempoh ini.

"Selain itu, bagi penyewa premis kediaman yang bukan dalam kalangan B40, mereka akan diberikan pengurangan sewaan sebanyak 50 peratus untuk tempoh yang sama selain penyewa premis komersil yang terdiri daripada syarikat yang masih boleh beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan lanjutan tempoh pelaksanaan PKP di seluruh negara sehingga 12 Mei depan dalam usaha bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Susulan itu, satu pakej rangsangan turut diumumkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan bebanan ditanggung rakyat susulan pelaksanaan PKP itu.

"Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban penyewa premis MAIWP dan membantu merancang serta menguruskan komitmen kewangan dalam situasi ekonomi yang mencabar ekoran penularan wabak Covid-19," katanya.

Tambah MAIWP, sehingga kini, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM39.495 juta dana zakat bagi membantu pihak yang terjejas Misi Musaadah Covid-19.

Artikel Berkaitan: