Lori tangki bawa muatan minyak sawit terbakar

Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran lori tangki dalam kejadian di Ladang Sungai Tinggi di sini hari ini.
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran lori tangki dalam kejadian di Ladang Sungai Tinggi di sini hari ini.
A
A
A

BESTARI JAYA - Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbakar di Ladang Sungai Tinggi, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Penolong Penguasa Bomba, Azril Izaidi Ahamad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 9.46 pagi tadi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dan sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan bahagian kepala lori.

"Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan mengepam air dari tangki jentera menggunakan dua aliran hos," katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 10.56 pagi.

"Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: