Guru hilang: KPM teliti laporan lengkap

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti laporan lengkap mengenai kehilangan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau, sejak selasa lalu.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan meneliti laporan daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

"Dalam kes ini kita perlu melihat laporan JPN terlebih dahulu dan tidak boleh menilai berdasarkan kenyataan-kenyataan dikeluarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook," katanya.

Dalam perkembangan sama, Maszlee berkata, beliau sentiasa memberikan perhatian khusus terutama berkaitan isu dan masalah pertukaran guru.

"Saya beri perhatian kepada semua, semua guru-guru dekat di hati saya. Mereka adalah adiwira dan sentiasa ada di hati saya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Singgah Cakna di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guru hadapi tekanan dikhuatiri hilang]

Terdahulu, Nur Farhana Ibrahim, 27, dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah.

Artikel Berkaitan:

Insiden itu disedari suaminya selepas guru terbabit tidak pulang ke rumah mereka yang terletak di Langgar, Kedah pada petang Isnin lalu.

Menurut suaminya, mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan pada 2014.

Katanya, ia disebabkan akibat masalah kemurungan dan dipercayai tertekan kerana terpaksa berulang sejauh kira-kira 100km perjalanan dari rumah ke sekolah.