MDSB wajibkan penghantar makanan daftar dalam talian

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian.
Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian.
A
A
A

SABAK BERNAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mewajibkan semua penghantar makanan persendirian di daerah ini melakukan pendaftaran secara dalam talian bagi membolehkan mereka menjalankan perkhidmatan itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertuanya, Mohd Faizul Fitri Muslil berkata, individu yang diupah untuk menghantar makanan perlu berdaftar mengikut prosedur pendaftaran selain mematuhi tatacara kawalan penghantaran makanan yang disediakan.

Menurutnya, bayaran proses sebanyak RM10 dikenakan kepada setiap pemohon bagi mendapatkan kad pendaftaran berkenaan.

"Kad perakuan daftar akan dikeluarkan kepada pemohon dan hendaklah dibawa atau dipamerkan semasa menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Faizul berkata, penghantar makanan persendirian hanya dibenarkan memohon menjalankan perkhidmatan itu di dalam satu kawasan sahaja dengan jarak tidak melebihi 10 kilometer.

"Sehingga kini, MDSB telah menerima lebih 500 permohonan dan mereka yang ingin berbuat demikian boleh mengikuti pautan https://forms.gle/xCEcXgeSeQmcaB8k7," katanya.

Selain itu, katanya, penghantar makanan juga perlu menjalani ujian saringan kesihatan di mana-mana klinik kerajaan atau swasta.

"Salinan perakuan pemeriksaan saringan kesihatan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Pelesenan MDSB sebelum kad pendaftaran (penghantar makanan) dikeluarkan MDSB.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di mesej laman rasmi Facebook Majlis Daerah Sabak Bernam atau menghubungi pejabat MDSB melalui talian 03-32241000 atau 03-32241655 dari jam 9 pagi hingga 4 petang bermula kelmarin," katanya.