Dua beradik ditemui kurus kering kelaparan

Dua beradik ditemui anggota polis dan TNI kurus kering di rumah mereka. -Foto Detik News
Dua beradik ditemui anggota polis dan TNI kurus kering di rumah mereka. -Foto Detik News
A
A
A

SUMATERA - Pilu mata memandang apabila dua beradik ditemui kelaparan dan tubuh mereka sudah kurus kering dalam sebuah rumah di kampung Gelumbang, Muara Enim, Sumatera Selatan, Indonesia.

Menurut Detik News, mereka dipercayai tidak makan itu ditemui oleh petugas polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) ketika melakukan rondaan berhubung pencegahan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di kawasan tersebut.

Cukup meruntun hati apabila salah seorang daripadanya terus bertanyakan soal makanan kepada anggota polis yang menemui mereka sementara seorang lagi cuma terbaring di atas katil dalam keadaan tidak bermaya.

"Pak (polis) bawa nasi?" dia bertanya kepada anggota tersebut.

Sebelum ini tular di laman sosial, dua beradik ditemui dalam keadaan tidak terurus dan kurus akibat kelaparan.

Ketua Polis Muara Enim, AKBP Donni Eka, mengesahkan kejadian itu dengan berkata, anggota polis dan TNI melakukan rondaan rumah ke rumah untuk meninjau keadaan penduduk.

"Tak sangka bertemu dua beradik itu yang tinggal di rumah pusaka keluarganya.

"Melihat keadaan itu, kita akan kembali ke sana untuk memberikan mereka makanan dan membawa pasukan perubatan untuk pemeriksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: