Perpindahan Coutinho ke Chelsea tak masuk akal

Coutinho
Coutinho
A
A
A

PEMERHATI bola sepak England, Gary Neville menyifatkan khabar angin mengenai perpindahan pemain sayap Barcelona, Philippe Coutinho ke Chelsea sebagai tidak masuk akal.

Menurutnya, perpindahan tersebut dilihat agak mustahil untuk berlaku memandangkan The Blues ketika ini kekurangan dana dan sedang berusaha memotong gaji pemain akibat wabak koronavirus (Covid-19).

"Ada berita mengatakan bahawa Chelsea sedang cuba memotong gaji pemain sekitar 10-15 peratus dan sedang dalam perbincangan ke arah itu.

"Jadi, tak mungkin mereka ada dana yang banyak untuk membeli Coutinho yang sudah tentu menelan belanja yang besar. Saya rasa berita pembeliaan Coutinho ini tidak masuk akal dan aneh," katanya.

Masa depan pemain berusia 27 tahun itu di Barcelona di lihat samar selepas gagal beraksi cemerlang selepas berpindah daripada Liverpool ke Camp Nou.

Chelsea dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat Coutinho yang ketika ini sedang dipinjamkan ke kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Dalam masa sama, Neville menilai Chelsea tidak mempunyai masalah kewangan sekiranya mahu mendapatkan Coutinho dan pemotongan gaji tidak seharusnya dilakukan kelab itu terhadap pemain.

Bekas pemain Manchester United itu juga turut menggesa pemain Chelsea supaya mempertahankan hak gaji mereka sekiranya mahu dipotong oleh pengurusan The Blues.

Artikel Berkaitan:

"Chelsea perlu membelanjakan dana sekitar 70-80 juta euro jika mahu mendapatkan Coutinho dan ia satu jumlah yang banyak.

"Kalau saya jadi pemain Chelsea, saya akan mempertahankan hak gaji saya. Jika kelab tetap mahu membeli pemain lain, saya akan katakan kepada mereka supaya bayar dulu gaji pemain," katanya.