X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran Asia dipengaruhi prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman walaupun harga minyak mentah terus berada dalam aliran meningkat, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.82 mata kepada 1,371.82 daripada 1,381.64 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 5.47 mata lebih rendah pada 1,376.17.

Lingkungan pasaran bagaimanapun positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 192 berbanding 174, manakala 209 kaunter tidak berubah, 1,336 tidak kaunter diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 470.27 juta saham bernilai RM173.83 juta.

Malacca Securities berkata pada Khamis, momentum belian telah diselangi oleh aktiviti pengambilan untung yang pantas memandangkan peningkatan semula FBM KLCI telah terhenti.

Selepas dua minggu berturut-turut mengalami kenaikan semula yang kukuh, pelabur kini perlu mempertimbangkan keputusan pelaburan masing-masing memandangkan kebimbangan mengenai kesan ekonomi akibat Covid-19 kembali wujud, kata firma pembrokeran itu.

“Pada masa yang sama, aktiviti penjualan berterusan dari dana asing juga mengehadkan kenaikan bagi jangka terdekat.

“Berdasarkan situasi cenderung ke arah penurunan, kami berpandangan FBM KLCI mungkin akan mengalami prestasi tidak banyak berubah, iaitu dalam julat di antara paras 1,360 dengan 1,410.

“Sekiranya melepasi paras atasan, pemulihan semula akan dilihat dengan indeks utama bergerak ke paras 1,420 dan 1,455,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Ia berkata jika sebaliknya, paras sokongan disandarkan pada 1,360 buat masa ini.

Malacca Securities berkata, saham berharga murah dan saham pasaran meluas juga didagangkan secara tidak begitu baik kerana pelabur tidak melabur semula hasil daripada kenaikan baru-baru ini untuk mengurangkan pendedahan dalam turun naik seterusnya yang dijangkakan.

“Bagaimanapun, kestabilan harga minyak mentah mungkin menarik minat dagangan kepada saham minyak dan gas,” menurutnya.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.43, namun TNB turun 28 sen kepada RM12.02, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing susut enam sen kepada RM15.80 dan RM5.14 manakala Petronas Chemicals kurang 10 sen kepada RM5.29.

Bagi saham aktif, Tiger Synergy naik 1.5 sen kepada 11.5 sen, Sanichi Technology menokok setengah sen kepada lima sen sementara Vortex Consolidated dan Xidelang masing-masing tidak berubah pada lapan sen dan tujuh sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 46.46 mata kepada 9,571.43, Indeks FBM Emas Syariah turun 67.26 mata kepada 10,608.80, sementara Indeks FBMT 100 kurang 49.17 mata kepada 9,449.24.

FBM 70 menokok 16.54 mata kepada 11,465.05 dan FBM Ace susut 1.84 mata kepada 4,396.50.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.90 mata kepada 115.94, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.52 mata kepada 12,284.38 sementara Indeks Perladangan naik 11.47 mata kepada 6,169.70. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!