X

Kindly register in order to view this article
!

Sambutan Ramadan zaman Covid-19

Rakyat Turki memakai topeng muka ketika membeli persiapan Ramadan di sebuah pasar di Ankara.
A
A

RIYADH - Bulan Ramadan tahun ini disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dalam suasana suram susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Tidak seperti kebiasaannya, ibadat puasa pada tahun ini juga sangat berbeza tanpa solat berjemaah dan majlis berbuka puasa di masjid.

Pegawai pihak berkuasa agama di beberapa negara, termasuk Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz al-Sheikh menetapkan bahawa solat ketika Ramadan dan Aidilfitri perlu diadakan di kediaman masing-masing.

Sheikh Abdulaziz berkata, ketetapan itu diambil selepas kerajaan Arab Saudi menggantung sementara semua aktiviti keagamaan di tanah suci Makkah susulan penularan Covid-19 bulan lalu.

Di Amerika Syarikat (AS), pertubuhan Islam antaranya Majlis Hubungan Islam-Amerika (CAIR) telah bersetuju untuk menutup sebahagian besar masjid bagi mengurangkan impak Covid-19.

Komuniti Islam di negeri Georgia, misalnya, diminta untuk menjalani ibadah puasa di rumah, meskipun Gabenor Brian Kemp mengambil langkah untuk melonggarkan sekatan bermula hari ini.

Pihak berkuasa Georgia sebelum ini memberi amaran bahawa langkah itu dikhuatiri melonjakkan lagi kes Covid-19 sepanjang Ramadan.

Di United Kingdom pula, Majlis Islam Britain menasihatkan komuniti Islam supaya mematuhi penjarakan sosial.

Lebih dua juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19 membabitkan lebih 185,000 kematian. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!