X

Kindly register in order to view this article
!

Jalani ujian Covid-19, netizen doakan kesihatan Zoey

Hantaran Zoey Rahman pada Instagram miliknya.
A
A

PELAKON Zoey Rahman menerusi hantaran di Instagramnya berkongsi video dirinya menjalani ujian koronavirus (Covid-19).

Menerusi kapsyen hantaran tersebut, beliau memberitahu menjadi salah seorang kontak terdekat pesakit Covid-19.

“Saya telah dikenal pasti sebagai kontak terdekat kepada seseorang yang telah disahkan pesakit Covid-19,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, dia turut berdoa agar semuanya selamat dan negara Malaysia bebas daripada jangkitan tersebut.

Perkongsian Zoey turut mendapat perhatian rakan artis lain antaranya penyanyi terkenal, Anuar Zain.

“Semoga ALLAH SWT lindungi dan jaga keselamatan adik,” katanya.

Sementara itu, netizen rata-ratanya turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan mendoakan kesihatan Zoey.

“Harap semuanya akan baik-baik sahaja,” komen pengguna Instagram Looqiez.

Hantaran berkenaan mendapat 22,919 tontonan.

Semoga Zoey dilindungi dan sihat selalu hendaknya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!