Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni' masuk dalam ucapan PM

Muhyiddin pada perutusan khas di Bangunan Perdana Putra malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan media sosial. - Foto Bernama
Muhyiddin pada perutusan khas di Bangunan Perdana Putra malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan media sosial. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - "Kalau masakan berbuka puasa tidak jadi pun tak apa. Boleh 'post' dalam grup Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'."

Demikian kenyataan berseloroh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Ramadan yang disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen dan media sosial malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengajak rakyat Malaysia melihat keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei ini secara positif.

"Mungkin inilah peluang yang ALLAH berikan kepada kita untuk mengamalkan sebenar-benar ibadah puasa.

"Kita berbuka puasa dan bersahur sekadarnya. Makan masakan isteri kita dan tidak membazir. Kalau masakan tak jadi pun tak apa. Boleh 'post' dalam grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’," katanya.

Setakat malam tadi, grup Facebook hasil masakan ahli-ahli kumpulan yang tidak menjadi itu sudah mencecah lebih 1.3 juta ahli.

Artikel Berkaitan: