X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor rangka pelan rangsangan ekonomi pasca Covid-19

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Bangunan Perbendaharaan hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang merangka pelan rangsangan ekonomi pasca Covid-19 bagi membantu rakyat dan memastikan pertumbuhan ekonomi stabil di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelan rangsangan yang dirangka dengan kerjasama kerajaan Persekutuan itu sangat penting bagi memastikan rakyat di Selangor mendapat manfaat dan bersedia mengharungi keadaan ekonomi akibat koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, beliau juga telah membincangkan perkara itu bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Bangunan Perbendaharaan," katanya menerusi siaran rasmi melalui laman Facebook di sini hari ini.

Terdahulu, pada 1 April lalu, kerajaan Selangor mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 melibatkan peruntukan sebanyak RM272.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta khusus untuk menangani impak Covid-19.

Sebelum itu, Amirudin mengumumkan sebanyak RM127.8 juta diperuntukkan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa pertama.

Menurutnya, Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 dirangka berdasarkan dua cabaran utama iaitu bagaimana untuk menangani Covid-19 daripada terus merebak serta menangani cabaran ekonomi dihadapi semasa dan juga pasca Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor peruntuk RM272.5 juta Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!