Kertas dibaluti plastik ganti batu nisan

Kertas dibaluti plastik menggantikan batu nisan di TPU Tegar Alur. - Foto: Detik News Muhammad Adimaja
Kertas dibaluti plastik menggantikan batu nisan di TPU Tegar Alur. - Foto: Detik News Muhammad Adimaja
A
A
A

JAKARTA - Kertas dibaluti plastik digunakan sebagai ganti batu nisan bagi menandakan lokasi mangsa yang meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19) di Indonesia.

Menurut Detik News, kertas dibaluti plastik kini digunakan oleh pemerintah di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tegar Alur, Kalideras, Jakarta.

Ketua Bidang Pemakaman Dinas Pertamanan dan Hutan Bandar Jakarta, Siti Hasni menjelaskan TPU Tegar Alur dipilih sebagai lokasi pengebumian mangsa Covid-19.

Menurut Siti, tanah di Tempat Pemakaman Umum TPU Tegal Alur masih luas dan kosong.

"Jadi (pengebumian) akan dilakukan di sini. Sesiapa sahaja boleh dikebumikan di sini tapi buat ketika ini beri tumpuan kepada mangsa Covid-19.

"Tapi selepas wabak ini bebas dari negara, jika ada tanah kosong di sini, ia akan dibuka kepada orang ramai juga kerana ia masih luas." katanya.

Terdahulu tular di laman sosial, foto memaparkan batu nisan diganti kertas dibaluti plastik mencuri perhatian netizen.

Mereka menyifatkan ia sesuatu yang amat menyedihkan ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Kata @bandjo, "Menyedihkan, guna kayu jika memang tidak ada batu nisan batu."

Namun @djoko berkata, perkara itu hanya sementara sahaja kerana upacara pengebumian mangsa Covid-19 hanya dilaksanakan oleh petugas terlatih bukan ahli keluarga.

Tambah @aerif, "Inikan sementara ketika PKP, kedai pembuat batu nisan tidak beroperasi."