Misi kemanusiaan Yaman: NGO dinasihat bincang dengan kementerian luar

Rakyat Yamen makin tertekan denga pergolakan yang sedang berlaku. - Foto: ICRC
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menasihati badan bukan kerajaan (NGO) tempatan supaya berbincang dahulu dengan pihak Kementerian Luar Negeri sebelum membuat misi kemanusiaan di Yaman.

Mohamad berkata NGO yang ingin menghantar bantuan kemanusiaan ke Yaman haruslah menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Yaman bagi mengetahui situasi terkini di negara berkenaan.

“Seperti yang kita tahu, negara berkenaan sedang bergolak maka sebarang bantuan yang hendak dihantar ke sana (Yaman) agak sukar kerana sempadan di sebelah Yaman adalah laut manakala sebelah lagi adalah negara yang sedang berperang,” katanya kepada Bernama, di sini.

Agensi berita Xinhua baru-baru ini melaporkan jurucakap PBB sebagai berkata rundingan antara pihak bertelagah di Yaman adalah bagi membolehkan akses bantuan kemanusiaan.

Sebelum ini pegawai PBB memberi amaran penduduk Yaman kini di ambang kebuluran.