Rakyat Malaysia terkandas di Indonesia dibawa pulang

 Seramai 108 individu termasuk 86 rakyat Malaysia yang terkandas di Nunukan, Indonesia, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, dibawa pulang melalui Jeti Terminal Feri Tawau, di sini, hari ini.
Seramai 108 individu termasuk 86 rakyat Malaysia yang terkandas di Nunukan, Indonesia, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, dibawa pulang melalui Jeti Terminal Feri Tawau, di sini, hari ini.
A
A
A

TAWAU - Seramai 108 individu termasuk 86 rakyat Malaysia yang terkandas di Nunukan, Indonesia, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, dibawa pulang melalui Jeti Terminal Feri Tawau, di sini, hari ini.

Berdasarkan tinjauan, kesemua 46 lelaki, 44 wanita dan 18 kanak-kanak yang berusia antara dua hingga 70 tahun, tiba di jeti pada jam 11.11 pagi ini dengan menaiki feri ekspres dari pelabuhan Nunukan yang turut diiringi bot pasukan keselamatan.

Daripada jumlah itu, 22 merupakan warga Indonesia yang merupakan suami, isteri atau ibu bapa kepada pasangan warga Malaysia.

Selain itu, pihak berkuasa turut bertindak melakukan semburan nyah cemar bahagian feri termasuk bagasi dan kesemua penumpang, seterusnya pemeriksaan dokumentasi dilaksanakan.

Kesemua mereka dihantar ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau untuk dikuarantin.

Penghantaran pulang warga Malaysia ini sudah dilaksanakan empat kali termasuk hari ini selepas kerajaan Sabah memberi kebenaran khas kepada rakyat Malaysia yang terkandas sejak PKP dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Tiga operasi penghantaran pulang terdahulu melibatkan 128 rakyat Malaysia dan pasangan warga Indonesia yang terkandas di Nunukan. - Bernama

Artikel Berkaitan: